Serba sedikit tentang Android

Mungkin Banyak dari kita yang dengar tentang Android tetapi mungkin ada juga yang belum tahu sebenarnya Android itu apa entah. berdasarkan carian aku dari wikipedia , inilah  Serba sedikit tentang  Android.

Android adalah sistem operasi untuk telefon bimbit yang berasaskan Linux . Android menyediakan platform terbuka bagi para2 pendeveloper buat mencipta aplikasi mereka sendiri untuk digunakan oleh bermacam peranti masakini. Awalnya, Google Inc. membeli Android Inc., pendatang baru yang membuat perisian untuk telefon. Kemudian untuk mengembangkan Android, terbentuklah Open Handset Alliance , konsortium dari 34 syarikat peranti keras, perisian, dan telekomunikasi, termasuk Google , HTC , Intel , Motorola , Qualcomm , T-Mobile , dan Nvidia .


Pada saat pelancaran perdana Android, 5 November 2007, Android bersama Open Handset Alliance menyatakan menyokong pembangunan standard terbuka pada peranti bimbit. Di lain pihak, Google mengeluarkan kod-kod Android di bawah lesen Apache , sebuah lesen perisian dan standard terbuka peranti bimbit.

Di dunia ini terdapat dua jenis distributor sistem operasi Android. Pertama yang mendapat sokongan penuh daripada Google atau Google Mail Services (GMS) dan kedua adalah yang benar-benar bebas distribusinya tanpa sokongan langsung Google atau dikenali sebagai Open Handset Distribution (OHD).

SEJARAH

Kerjasama dengan Android Inc.
Pada Julai 2000, Google bekerjasama dengan Android Inc., Syarikat yang berada di Palo Alto, California Amerika Syarikat. Para pengasas Android Inc. bekerja pada Google, di antaranya Andy Rubi, Rich Miner, Nick Sears, dan Chris White. Saat itu banyak yang menganggap fungsi Android Inc. hanyalah sebagai perisian pada telefon bimbit. Sejak saat itu muncul rumor bahwa Google hendak memasuki pasaran telefon bimbit. Di syarikat Google, pasukan yang dipimpin Rubin bertugas mengembangkan program peranti bimbit yang disokong oleh kernel Linux. Hal ini menunjukkan indikasi bahawa Google sedang bersiap menghadapi persaingan dalam pasaran telefon bimbit. versi android terkini iaitu versi 3.0. Android juga sudah bergabung dengan beberapa smart mobile seperti  Sony Ericsson, dan lain-lain.

2007-2008: Produk awal
Sekitar September 2007 sebuah kajian melaporkan bahawa Google mengajukan hak paten aplikasi telefon bimbit (akhirnya Google mengenalkan Nexus One , salah satu jenis telefon pintar yang menggunakan Android pada sistem operasinya. Telefon bimbit ini dihasilkan oleh HTC Corporation dan tersedia di pasaran pada 5 Januari 2010).

Pada 9 Disember 2008, diumumkan anggota baru yang bergabung dalam program kerja Android ARM Holdings, Atheros Communications, dihasilkan oleh ASUSTeK Computer Inc , Garmin Ltd , Softbank , Sony Ericsson , Toshiba Corp , dan Vodafone Group Plc . Seiring pembentukan Open Handset Alliance, Oha mengumumkan produk perdana mereka, Android, peranti mobile yang merupakan pengubahsuaian kernel Linux 2.6. Sejak Android dikeluarkan telah dilakukan berbagai kemas berupa perbaikan bug dan penambahan fitur baru.

Telefon pertama yang memakai sistem operasi Android adalah HTC Dream, yang dikeluarkan pada 22 Oktober 2008. Pada penghujung tahun 2009 dijangka di dunia ini paling sedikit terdapat 18 jenis telefon bimbit yang menggunakan Android.

Android versi 1.1
Pada 9 Mac 2009, Google mengeluarkan Android versi 1.1. Android versi ini dilengkapi dengan kemas kini dalam aplikasi, jam penggera, voice search (carian suara), penghantaran mesej dengan Gmail , dan notis email .

Android versi 1.5 (Cupcake)
Pada pertengahan Mei 2009, Google kembali mengeluarkan telefon bimbit dengan menggunakan Android dan SDK (Software Development Kit) dengan versi 1.5 (Cupcake). Terdapat beberapa kemas kini termasuk juga penambahan beberapa ciri di dalam bimbit versi ini  kemampuan untuk merakam dan menonton video dengan mod kamera, memuat naik video ke Youtube dan gambar ke Picasa langsung dari telefon, sokongan Bluetooth A2DP , kemampuan disambungkan secara automatik ke alat dengar Bluetooth, animasi skrin, dan keyboard pada layar yang dapat disesuaikan dengan sistem.

Android versi 1.6 (Donut)
Donut (versi 1.6) dikeluarkan pada September dengan menampilkan proses pencarian yang lebih baik berbanding sebelum ini, penggunaan bateri penunjuk dan kawalan applet VPN . Ciri-ciri lain ialah galeri yang membolehkan pengguna untuk memilih imej yang akan dihapuskan; kamera, camcorder dan media yang dintegrasikan; CDMA / EVDO, 802.1x, VPN, Gestures, dan Text-to-speech engine; kemampuan dial kenalan; teknologi text to change speech (tidak terdapat pada semua telefon; pengadaan resolusi VWGA.

Android versi 2.0/2.1 (Eclair)
Pada 3 Disember 2009 kembali dilancarkan telefon Android dengan versi 2.0/2.1 (Eclair), perubahan yang dilakukan adalah pengoptimalan hardware, peningkatan Google Maps 3.1.2, perubahan UI dengan pelayar baru dan sokongan ( HTML5) , senarai kenalan yang baru, sokongan flash untuk kamera 3,2 MP, digital Zoom, dan Bluetooth 2.1.

Untuk bergerak cepat dalam persaingan peranti generasi seterusnya, Google melakukan pelaburan dengan mengadakan pertandingan aplikasi mobile terbaik ( killer apps - aplikasi unggulan). Pertandingan ini berhadiah $ 25,000 bagi setiap pengembang aplikasi terpilih. Pertandingan diadakan selama dua tahap yang tiap tahapnya dipilih 50 aplikasi terbaik.

Dengan semakin berkembangnya dan semakin bertambahnya jumlah telefon Android, semakin banyak pihak ketiga yang berminat untuk menyalurkan aplikasi mereka kepada sistem operasi Android. Aplikasi terkenal yang diubah ke dalam sistem operasi Android adalah Shazam, Backgrounds, dan WeatherBug. Sistem operasi Android dalam laman Internet juga dianggap penting untuk mencipta aplikasi Android asli, contohnya oleh MySpace dan Facebook.

Android versi 2.2 (Froyo: Frozen Yoghurt)
Pada 20 Mei 2010, Android versi 2.2 (Froyo) dilancarkan. Perubahan-perubahan umumnya terhadap versi-versi sebelumnya antara lain sokongan Adobe Flash 10.1, kelajuan prestasi dan aplikasi 2 hingga 5 kali lebih cepat, intergrasi V8 JavaScript engine yang digunakan oleh Google Chrome yang mempercepatkan kemampuan rendering pada browser, pemasangan aplikasi dalam SD Card, kemampuan WiFi hotspot portabel, dan kemampuan auto update dalam aplikasi Android Market.

Android versi 2.3 (Gingerbread)
Pada 6 Disember 2010, Android versi 2.3 (Gingerbread) dilancarkan. Perubahan-perubahan umum yang didapat dari Android versi ini antara lain peningkatan kemampuan permainan (gaming), peningkatan fungsi copy paste, paparan antara muka (User Interface) direka semula, sokongan format video VP8 dan WebM, kesan audio baru (reverb, Equalization, headphone virtualization, dan bass boost), sokongan kemampuan Near Field Communication (NFC), dan sokongan jumlah kamera yang lebih dari satu.

CIRI-CIRI

Ciri-ciri yang terdapat di Android adalah:

Rangka aplikasi: itu membolehkan penggunaan dan pembuangan komponen yang sedia.
Dalvik mesin virtual: mesin virtual dioptimalkan untuk peranti mobile.
Grafik: grafik di 2D dan grafik 3D berdasarkan pustaka OpenGL.
SQLite: untuk simpanan data.
Menyokong media: audio, video, dan berbagai format gambar (MPEG4, H.264, MP3,
AAC, AMR, JPG, PNG, GIF)

GSM, Bluetooth, EDGE, 3G, dan WiFi (hardware dependent)
Kamera, Global Positioning System (GPS), kompas, dan accelerometer (bergantung hardware)

itu seputar lalu tentang  Android semoga membuka wawasan kita tentang dunia maklumat ..

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © Ruzaini Ourtech®
Blogger Theme byOxpekez | Blogger Templates | Ruzaini ourtech
Design by Ots